Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Perjuangan pemain skuasy wanita negara S Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.
NRES terima anugerah projek RKB, percepat kelulusan lesen mineral

PUTRAJAYA, 16 Mei: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berjaya mempercepat proses kelulusan Lesen Mineral (Tanpa Premis Penyimpanan) dari 61 hari kepada hanya tujuh hari menerusi projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB).
Kestabilan Syria bawa perubahan ketara di timur tengah – Setiausaha Negara AS

ISTANBUL, 16 Mei: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio berkata pada Khamis bahawa Syria yang aman dan stabil “akan menjadi antara perubahan paling ketara di rantau ini sejak sekian lama,” sekali gus menzahirkan sokongan Washington terhadap kepimpinan baharu negara itu di bawah Presiden Ahmad al-Sharaa.
Warden penjara maut dirempuh lori simen

MELAKA, 16 Mei: Seorang warden penjara berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat di Sungai Udang di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini petang semalam.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.
Rekod cemerlang skuad muda City Boys lebur

MIRI, 16 Mei: Impian skuad Piala Presiden Kuching City FC – Miri untuk meneruskan rentak kemenangan berkecai selepas tewas 3-1 kepada AMD B-17 di Padang Bola Sepak Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong, Miri pada Khamis.
UAE rancang labur US$1.4 trilion di AS dalam tempoh sedekad – Presiden

ABU DHABI, 16 Mei: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melabur US$1.4 trilion di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sedekad akan datang, umum Presiden Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan pada Khamis semasa perbincangan dengan Presiden Donald Trump di Qasr Al Watan, Abu Dhabi.
Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest

ISTANBUL, 16 Mei: Seorang pendaki warga Filipina maut ketika cuba menawan puncak Gunung Everest, menurut kenyataan Jabatan Pelancongan Nepal pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pembinaan bangunan baharu SMK Sebuyau bermula Jun 2025

KUCHING, 16 Mei: Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau akan dimulakan pada Jun 2025 sebagai langkah kerajaan untuk mengatasi isu infrastruktur daif serta masalah keciciran pelajar di kawasan tersebut.
Kes jenayah indeks di Kuching turun 44 peratus

KUCHING, 16 Mei: Statistik jenayah indeks di daerah Kuching menunjukkan penurunan 44.04 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 30 April 2025 berbanding tempoh sama tahun 2024.