Aaron-Soh layak ke suku akhir Terbuka Thailand, akan bertemu rakan senegara

BANGKOK, 16 Mei: Pasangan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Kejohanan Terbuka Thailand, selepas menewaskan pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita di Stadium Nimibutr, semalam.
Pendidikan Sarawak bukti komitmen MA63 direalisasi
KUCHING, 16 Mei: Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam melonjakkan martabat pendidikan, termasuk menjadi negeri pertama yang bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khusus bagi bidang tersebut.
Pasukan perubatan Arab Saudi pisahkan kembar siam Eritrea

RIYADH, 16 Mei: Pasukan perubatan dan pembedahan Program Kembar Siam Arab Saudi berjaya memisahkan kembar dari Eritrea, Asma dan Someya yang bercantum pada bahagian kepala, di Hospital Pakar Kanak-Kanak King Abdullah, Riyadh, pada Rabu.
PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel

ANKARA, 16 Mei: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai

NILAI, 16 Mei: Polis menembak mati dua penjenayah lelaki dipercayai aktif kes samun dan pengedaran dadah, di tempat letak kereta sebuah kondominium, di sini pada 10 malam tadi.