Penduduk setuju empangan melata pertama dibina di Sungai Gaat, Kapit

KUCHING, 16 Mei: Penduduk di kawasan Sungai Gaat di Kapit telah memberi persetujuan terhadap cadangan pembinaan empangan melata (cascading dam) pertama di Sarawak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Polis rampas pistol, pedang samurai dalam serbuan di Tawau

TAWAU, 16 Mei: Polis menahan empat lelaki dan merampas sepucuk pistol serta sebilah pedang samurai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Semarak, di sini.
Lebih 1,000 berhimpun kenang 77 tahun kezaliman ke atas Palestin

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Lebih 1,000 peserta mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyertai perhimpunan aman, bagi memperingati peristiwa Nakba ke-77, di sini.
Kementerian Pertahanan Jepun digesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh

TOKYO, 16 Mei: Kementerian Pertahanan Jepun digesa untuk menubuhkan sebuah pejabat khas yang bertanggungjawab menangani UFO pada satu mesyuarat dengan kumpulan ahli parlimen pelbagai parti pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
Enjin sebuah kereta musnah terbakar di bengkel

KUCHING, 16 Mei: Enjin sebuah kereta jenis Hyundai Hatchback musnah sepenuhnya selepas terbakar di sebuah bengkel di Jalan Kereta Api, di sini, malam ini.
Cubaan seludup minyak masak bersubsidi di Sandakan tumpas

SANDAKAN, 16 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 425 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam satu operasi rondaan di perairan berhampiran Kampung Sundang Laut, Sandakan, petang tadi.
KDNK suku pertama 2025 seiring dengan anggaran awal, lebih tinggi daripada prestasi suku sama 2024

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Pertumbuhan menggalakkan dalam sektor ekonomi utama negara telah memangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
28 ahli Majlis Daerah Matu Daro angkat sumpah

MATU, 16 Mei :Sebanyak 28 ahli Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis rasmi di sini, hari ini.
New Zealand kuarantin puluhan orang akibat jangkitan campak

ANKARA, 16 Mei: New Zealand mengkuarantin puluhan individu yang dijangkiti virus campak bagi mengawal risiko penularan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media milik kerajaan pada Jumaat.
STU mahu kerajaan baik pulih kemudahan asas pendidikan segera

KUCHING, 16 Mei: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempergiatkan usaha kerja membaik pulih kemudahan asas seperti bilik darjah, makmal, serta kuarters guru demi kesejahteraan guru dan warga sekolah.