Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga peringkat kebangsaan 28, 29 Ogos – Aaron

SEGAMAT, 15 Mei: Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga peringkat kebangsaan akan diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kasipillay, di Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini.
Sarawak perkasa teknologi dan bahasa untuk persaingan global

KUCHING, 15 Mei: Sarawak memperkasakan penguasaan teknologi dan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda sebagai strategi utama untuk memastikan negeri ini kekal kompetitif di pentas global.
Kaji semula silibus tadika, tingkat kualiti guru depani cabaran

KUCHING, 15 Mei: Langkah menyemak semula kurikulum prasekolah serta mempertingkat kualiti guru dilihat sebagai antara tonggak penting dalam usaha menjadikan Sarawak sebuah negeri yang mampu melahirkan modal insan berilmu.
Regu Malaysia juara Piala Asia 2025, tewaskan Thailand 2-0

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Pasukan kebangsaan meneruskan penguasaan ke atas gergasi sepak takraw Thailand selepas menundukkan pasukan itu 2-0 pada final acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.
Polis Johor keluar 1,448 saman trafik, langgar lampu isyarat kesalahan tertinggi

JOHOR BAHRU, 15 Mei: Polis Johor mengeluarkan sebanyak 1,448 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Utama yang dilancarkan selama tiga hari bermula pada Isnin lepas.
Tun Wan Junaidi sifatkan pemergian Dominic kehilangan besar bagi Sarawak

KUCHING, 15 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Serian, Datuk Amar Dominic Andrew Dago Randan yang meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.
LANDAS Kasihnya Warisan galas cabaran Mukah di Sabah

MUKAH, 15 Mei: Kelab Perahu Naga Kasihnya Warisan yang bergabung bersama Kelab Sosial Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan menggunakan nama LANDAS Kasihnya Warisan akan menggalas cabaran Bahagian Mukah di Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa yang akan berlangsung di Likas Bay, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 hingga 18 Mei ini.
Jabatan Penjara rancang pasar produk fabrik ke luar negara

GEORGE TOWN, 15 Mei: Jabatan Penjara Malaysia merancang untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan banduan terutama fabrik seperti batik, songket dan tenunan ke pasaran antarabangsa termasuk di Eropah.
Anggota FRU terselamat imbau detik cemas kemalangan ngeri

TELUK INTAN, 15 Mei: “Saya berada dalam keadaan separuh sedar semasa kemalangan. Saya hanya ingat kawan-kawan tarik saya keluar (dari kawasan kemalangan),” demikian detik kemalangan itu diceritakan seorang mangsa kemalangan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa.
Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura

SINGAPURA, 15 Mei: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah Scoot pada Khamis bagi meningkatkan kesalinghubungan udara antara Singapura dan Malaysia, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.