Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan kemalangan babitkan anggota FRU – Polis

TELUK INTAN, 14 Mei: Polis akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pada pagi semalam.