Lima remaja didakwa pukul pelajar sehingga cedera parah

SEREMBAN, 14 Mei: Lima remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar 17 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Kampung Sentosa, di sini pada 8 Mei lepas.

Kelahiran hidup menurun 11.5 peratus suku pertama tahun ini – DOSM

PUTRAJAYA, 14 Mei: Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 11.5 peratus iaitu 93,500 kelahiran pada suku pertama tahun ini berbanding 105,613 kelahiran pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan hari ini.