Nahas FRU: Tiga anggota masih kritikal, tidak sedarkan diri

IPOH, 14 Mei: Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Projek Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi bukti kerajaan penuhi janji demi rakyat

SARIKEI, 14 Mei: Kewujudan Jambatan Batang Rajang dan Jalan Pasi menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan tidak sekadar menabur janji, sebaliknya benar-benar komited dalam merealisasikan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Bot hantu sarat minyak dan PATI tumpas di perairan Sandakan

SANDAKAN, 14 Mei: Dua cubaan rentas sempadan dari Filipina berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan dalam dua operasi berasingan di timur laut Pulau Berhala, semalam.
GOBARAKAH salur sumbangan bina sebuah universiti Islam di Kemboja, dua tahfiz di Sarawak

KUCHING, 14 Mei: GOBARAKAH sebuah aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan pembayaran zakat dan sumbangan derma bakal membangunkan sebuah universiti Islam di Kemboja dan dua buah sekolah tahfiz, satu darinya bertaraf antarabangsa di Sarawak.
Kedah henti sambung lesen jual vape – Sanusi

ALOR SETAR, 14 Mei: Kedah tidak akan menyambung pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini, yang dikhuatiri turut menjadi satu daripada alat untuk penyalahgunaan dadah.
Penutupan Jalan Tasik Biru Resort City sempena Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau

BAU, 14 Mei: Sambutan Ulang Tahun Ke-203 Daerah Bau, Sambutan Pesta Tasik Biru dan Perasmian Tasik Biru Resort City di Daerah Bau akan diadakan pada 15 hingga 18 Mei ini di Jalan Tasik Biru di sini.
Pearly-Thinaah lepasi halangan pertama Terbuka Thailand

BANGKOK, 14 Mei: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan pasangan India, Rashmi Ganesh-Sania Sikkandar hari ini.
Imigresen Selangor tahan 38 warga asing atas pelbagai kesalahan

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini.
PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semalam.
PM Anwar diberikan sambutan rasmi di Kremlin

MOSCOW, 14 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kremlin yang menempatkan kediaman rasmi Presiden Vladimir Putin sekali gus mencerminkan detik penting dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia.