Nahas FRU di Perak: TYT Sarawak berduka, zahir takziah kepada keluarga mangsa

KUCHING, 13 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut berduka dan menzahirkan  ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak, pagi tadi.