Kereta musnah di tepi jalan Kampung Kimoligan

PENAMPANG, 12 Mei: Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di tepi jalan Kampung Kimoligan, tengah hari tadi.
MRSM Kepala Batas kini dikenali MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

KEPALA BATAS, 12 Mei: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas kini dikenali dengan nama baharu sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menghargai jasa mantan Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam memartabatkan dunia keilmuan.
Jururawat denyut nadi sistem kesihatan negara – Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Bakal jemaah haji diingat hadir ikut masa, rujuk surat penerbangan – TH

SEPANG, 12 Mei: Semua bakal jemaah haji Malaysia diingatkan supaya merujuk dengan teliti jadual penerbangan masing-masing dan hadir ke stesen berlepas tepat pada waktu bagi memastikan kelancaran urusan keberangkatan ke Tanah Suci.
Tabung Haji sokong tindakan tegas Arab Saudi kawal kemasukan jemaah tanpa visa sah

MAKKAH, 12 Mei: Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah proaktif kerajaan Arab Saudi yang melaksanakan peraturan dan kawalan ketat sempena musim haji 1445H/2025M, termasuk larangan keras terhadap individu yang cuba menunaikan ibadah haji tanpa visa haji yang sah.
Tujuh maut bot pelancong terbalik di perairan Sumatera

JAKARTA, 12 Mei: Tujuh orang disahkan maut selepas sebuah bot pelancong yang membawa lebih 100 penumpang terbalik dan karam di luar pantai Bengkulu, pulau Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Kemajuan Debak setanding daerah lain dalam tiga tahun lagi

SARIBAS, 12 Mei: Daerah Kecil Debak mampu mencapai kemajuan pesat setanding daerah lain dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.
Kemukakan maklumat palsu, sebuah bot tunda ditahan

BINTULU, 12 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda di kedudukan satu batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, Bintulu pagi tadi.
Lima ditangkap dalam Op Samseng Jalanan di Kuching

KUCHING, 12 Mei: Lima lelaki berusia antara 18 hingga 20 tahun ditangkap manakala tiga motosikal disita dalam satu operasi bagi membanteras samseng jalanan di sekitar Kuching, awal pagi tadi.
Warga Miri tidak sabar saksikan Konsert MeleTOP TVS

MIRI, 12 Mei: Warga Miri terutama pemenang tiket giveaway Konsert MeleTOP TVS teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan artis terkenal tanah air pada 17 Mei ini.