Konklaf paus mulakan hari kedua undian untuk pilih paus baharu

ATHENS, 8 Mei: Konklaf paus pada Khamis memulakan hari kedua pengundian untuk memilih paus baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Nelayan cedera parah tangan tersepit kabel bot

TANJUNG MANIS, 8 Mei: Seorang nelayan berusia 26 tahun cedera parah di tangan kanannya akibat tersepit pada kabel ketika mengendalikan alat pengerek (winch) bot nelayan semasa proses mengangkat papan tunda di perairan Pulau Bruit, malam Rabu.
Sultan Brunei berhasrat melawat Malaysia pada sidang kemuncak ASEAN – Teo

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menzahirkan hasrat baginda untuk berangkat mengadakan lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat, khususnya bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN serta forum-forum berkaitan.
EU rancang kenakan tarif ke atas import AS bernilai €95 bilion jika rundingan gagal

BRUSSELS, 8 Mei: Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai sekitar €95 bilion (US$107 bilion) sekiranya rundingan dengan Washington gagal mencapai penyelesaian terhadap konflik perdagangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Malaysia kutuk rancangan Israel di Gaza sebagai pembersihan etnik

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan “kependudukan berterusan” di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih dua juta penduduk Palestin dari wilayah itu, menyifatkannya sebagai tindakan pembersihan etnik.
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat proses, jual air ketum

GEORGE TOWN, 8 Mei: Polis menahan dua lelaki dan merampas 85 kilogram (kg) daun ketum serta 1,500 bungkusan air ketum dianggar bernilai RM9,300 dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, dekat sini hari ini.
Garis panduan media sosial ASEAN dijangka dimuktamadkan dalam tiga bulan – Teo

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei: Garis Panduan ASEAN mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab bertujuan menangani cabaran yang semakin meningkat berkaitan penggunaan media sosial, dijangka dimuktamadkan dalam tiga bulan ini.
Bekas Presiden Yoon hadiri perbicaraan jenayah melalui kawasan parkir di luar bangunan

SEOUL, 8 Mei: Mahkamah Tinggi Seoul pada Khamis memaklumkan bahawa bekas Presiden Yoon Suk Yeol perlu menghadiri perbicaraan ketiga kes jenayah terhadapnya minggu depan melalui kawasan parkir di luar bangunan, dan bukan lagi menggunakan kawasan parkir bawah tanah seperti sebelum ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital global – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Malaysia bersedia menjadi peneraju dalam ekonomi digital global dengan adanya kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sibiew belum ditemui

BINTULU, 8 Mei: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam masih gagal menjumpai mangsa, Mawa Lembang, 48, yang dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai Rumah Setinggan, Tebingan Sungai Sibiew, Kemunting di sini, pada 4 Mei lalu.