Bomba bantu keluarkan pemandu tersepit

KINABATANGAN, 2 Mei: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang tersepit selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas di Jalan Sukau, berhampiran SK Bilit berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba pagi tadi.

Padah lakukan aksi bahaya di jalan raya

MIRI, 2 Mei: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun selepas video memaparkan aksinya menunggang motosikal secara berbahaya di Jalan Miri Bypass tular di media sosial, semalam.

Sebuah kilang di Bintawa musnah

KUCHING, 2 Mei: Sebuah kilang di Jalan Bintawa Village musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Lelaki cedera dihempap kren

SERIAN, 2 Mei: Seorang pekerja tapak pembinaan cedera di bahagian tangan selepas dihempap kren dalam kejadian di kawasan pembinaan jalan lama Sebangkoi, Balai Ringin, pagi tadi.

Majoriti fasiliti kesihatan swasta bersetuju wajibkan paparan harga ubat

PUTRAJAYA, 2 Mei: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), yang mula berkuat kuasa 1 Mei, dilakukan selepas mengambil kira pandangan majoriti pemegang taruh, iaitu pengguna dan fasiliti-fasiliti kesihatan swasta.

Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak mula berkuatkuasa

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini mengumumkan bahawa Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 mula berkuatkuasa pada 1 Mei, kecuali Bahagian IVA.