Negara BRICS sokong penggunaan mata wang tempatan dalam perdagangan dan urus niaga

RIO DE JANEIRO, 30 April: Menteri-menteri Luar negara BRICS menyatakan sokongan terhadap penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dan kewangan, serta mengarahkan menteri kewangan dan gabenor bank pusat masing-masing untuk merangka mekanisme yang bersesuaian, menurut deklarasi yang diterima pakai selepas mesyuarat di Rio de Janeiro, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

219,015 pertubuhan milikan wanita pada 2022 – DOSM

PUTRAJAYA, 30 April: Bilangan pertubuhan milikan wanita di Malaysia adalah 219,015, menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada 2022, menurut Statistik Milikan Wanita berdasarkan Banci Ekonomi 2023 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.