JIM Sarawak sertai Program Khidmat Komuniti Bergerak

SRI AMAN, 29 April: Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah menganjurkan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak bagi tahun 2025 di Sri Aman pada 26 dan 27 April 2025.
Program Dialog Projek Karbon Biru antara PUSAKA bersama komuniti

TANJUNG MANIS, 29 April: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Worldview Climate Solutions Sdn Bhd (WCS) telah menganjurkan Program Dialog Projek Karbon Biru bersama komuniti di Kampung Paloh semalam dan di Kampung Serdeng hari ini.
Seramai 105 warga Maritim Malaysia terima APC 2024

KUALA LUMPUR, 29 April: Seramai 105 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dalam satu majlis hari ini sebagai penghargaan tertinggi atas komitmen yang dicurahkan sepanjang tahun lepas.
Jambatan Kampung Bulau dijangka siap dalam tempoh 18 bulan

MIRI, 29 April: Majlis pecah tanah pembinaan jambatan baharu di Kampung Bulau, Bekenu hari ini memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar, serta dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
Malaysia ungguli penilaian Open Data Inventory 2024/25

PUTRAJAYA, 29 April: Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menduduki tempat pertama dunia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, mengatasi 198 negara lain dengan skor keseluruhan 90 serta skor keterbukaan data yang cemerlang iaitu 99.
Lelaki maut dalam nahas empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau

TAWAU, 29 April: Seorang lelaki berusia 31 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, tengah hari tadi.
Kerjasama strategik lonjak Sarawak jadi pencipta teknologi

CARDIFF, 29 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa kerjasama strategik antara Sarawak dan pemain industri utama di United Kingdom (UK) bakal meletakkan negeri ini sebagai pencipta teknologi baharu, bukan lagi sekadar pengguna.
Sarawak lancar KETEQ AI, pemangkin revolusi kuasa pintar

CARDIFF, 29 April: Sarawak melakar sejarah baharu dalam dunia teknologi apabila melancarkan KETEQ AI, penukar kuasa pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia yang dibangunkan sepenuhnya oleh Sarawak.
Sindiket dadah antarabangsa tumpas, libatkan rampasan lebih RM82 juta

KUALA LUMPUR, 29 April: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga beradik lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras, dekat sini pada Khamis dan Jumaat lepas.
Sarawak laksana ‘one month rule’ pulihkan projek sakit

MIRI, 29 April: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan serius terhadap usaha memulihkan projek-projek ‘sakit’ di seluruh negeri dengan memperkenalkan pendekatan lebih tegas dan pantas, termasuk pelaksanaan konsep ‘one month rule’ bagi memastikan kerja-kerja pembinaan bermula segera selepas tapak diserahkan.