Warga emas hilang di hutan ditemui selamat

MUKAH, 26 April: Lelaki warga emas yang hilang di hutan ketika mencari kayu untuk membuat perangkap ikan di Kampung Judan di sini semalam, ditemui selamat oagi tadi.
Bayi antara empat cedera kemalangan kendiri di Sri Aman

SRI AMAN, 26 April: Bayi berusia enam bulan antara empat yang cedera dalam kemalangan kendiri di Kampung Punggu Dadak, Jalan Sri Aman, pagi tadi.
Laluan masuk tanah perkuburan Raudhatul Sakinah ditutup hingga Nov 2025

KUCHING, 26 April: Laluan masuk utama Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuching ditutup sementara bermula 15 April hingga 13 November 2025 bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf.
Ibu bapa bantu bentuk karakter anak

KUCHING, 26 April: Hubungan harmoni antara ibu bapa dengan guru penting untuk membentuk karakter pelajar sekali gus menjamin kecemerlangan mereka dalam pelajaran.
Pemandu Perodua Bezza lawan arus ditahan

SEGAMAT, 26 April: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, di sini semalam.
Grid tenaga ASEAN perkukuh kerjasama serantau – Fadillah

LONDON, 26 April: Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Piala Malaysia lancar – Hannah

GEORGE TOWN, 26 April: Persiapan dari aspek keselamatan dan kemudahan telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Trump tiba di Rom, hadiri pengebumian Paus Francis

ROM, 26 April: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di ibu negara Itali untuk menghadiri majlis pengebumian Paus Francis, dalam lawatan rasmi luar negara pertamanya sejak memulakan penggal kedua, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Lelaki maut ditembak di Jalan Stephen Yong

KUCHING, 26 April: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun disahkan maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong, awal pagi tadi.
Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir – Fadillah

LONDON, 26 April: Kerajaan mengambil pendekatan membina kolam takungan air pelbagai guna sebagai antara usaha mitigasi banjir dalam negara, sekali gus mengurangkan kerugian akibat bencana alam itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.