Pendaftaran fasa pertama BKK pelajar Sarawak dibuka 1 Mei

KUCHING, 26 April: Pendaftaran bagi Bantuan Kewangan Khas (BKK) berjumlah RM1,200 kepada pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia akan dibuka selama sebulan bermula 1 Mei ini bagi fasa pertama manakala fasa kedua pula dijadualkan bermula pada September depan.

Dasar pendidikan percuma Sarawak jadi model rujukan negara serantau

KUCHING, 26 April:Langkah Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan pendidikan percuma bermula tahun 2026 mendapat perhatian positif dari beberapa negara di rantau ini, termasuk Timur Leste, Indonesia, dan Kemboja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

RM20 juta diperuntuk bagi perkasa KRT Progresif

KUCHING, 26 April: Kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus berkolaborasi secara strategik untuk memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif, dengan fokus utama pada pembangunan sosial dan ekonomi warga setempat.

Sarawak bertegas isu kuota 35 peratus kerusi Parlimen

KUCHING, 26 April: Kerajaan Sarawak bertegas dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan semula kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi di Parlimen, seperti yang digariskan dalam semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).