Pelajar perlu kuasai teknologi terkini

LIMBANG, 25 Apr: Pelajar perlu menguasai teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang kini menjadi keperluan dalam dunia serba canggih dan moden.
Kastam Bintulu rampas ganja 3.3kg

BINTULU, 25 Apr: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 3,260.47 gram yang dianggarkan bernilai RM97,814.10 ke daerah ini pada Mac 2025.
85,000 rayuan tunai haji diterima tahun ini

ALOR SETAR, 25 April: Kira-kira 85,000 rayuan diterima oleh Lembaga Tabung Haji (TH), iaitu hampir tiga kali ganda daripada kuota rasmi sebanyak 31,600 jemaah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia bagi musim haji 1446 Hijrah/2025.
Kenyataan polis berdasarkan data kes – Nancy

PUTRAJAYA, 25 April: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan bahawa pendedahan mengenai kes jenayah di Kelantan adalah berdasarkan data.
Projek Warisan KL tidak boleh ketepi rakyat, warisan, dan nilai budaya – PM

KUALA LUMPUR, 25 April: Projek Warisan KL, yang merupakan usaha kerajaan dalam membangunkan bandar raya Kuala Lumpur yang moden, perlu mencerminkan legasi rakyatnya, bukan semata-mata sebagai bandar pencakar langit.
55 terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Gaza

GAZA, 25 April: Pasukan penyelamat dan petugas perubatan di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dalam serangan udara Israel pada Khamis, ketika tentera rejim itu memberi amaran akan melancarkan serangan yang lebih besar sekiranya tebusan tidak dibebaskan dalam masa terdekat.
Akaun AFFIN Kenyalang dibuka tanpa deposit

KUCHING, 25 April: AFFIN Bank memperkenalkan Akaun AFFIN Kenyalang, satu inisiatif khas yang ditawarkan hanya kepada anak Sarawak.
Menara KL dibuka semula esok

PUTRAJAYA, 25 April: Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan dibuka semula kepada kunjungan umum bermula 9 pagi esok, menurut Kementerian Komunikasi.
Sarawak teroka potensi besar industri palet kayu

JEPUN, 25 April: Industri perkayuan Sarawak akan terus menerapkan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) terutama dalam aspek automasi dan penggunaan teknologi digital.
Azalina, Ewon wakili Malaysia ke istiadat pengebumian negara Paus Francis di Vatican City

PUTRAJAYA, 25 April: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara mendiang Paus Francis yang akan diadakan pada 26 April di Vatican City.