Cubaan seludup tenggiling dan kima beku bernilai RM100,000 digagalkan di Kudat

KUDAT, 23 April: Cubaan menyeludup makanan eksotik melibatkan spesies haiwan terancam dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dalam satu operasi khas di perairan Kudat, semalam.
Gerakan koperasi Sarawak catat perolehan lebih RM400 juta pada 2024

KUCHING, 23 April: Gerakan koperasi di Sarawak terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatatkan jumlah perolehan keseluruhan sebanyak RM411.48 juta pada tahun 2024, berbanding RM368.97 juta pada 2023.
Gempa bumi bermagnitud 6.2 gegarkan Istanbul, cetus panik meluas

ISTANBUL, 23 April: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), lapor Agensi Anadolu (AA).
Sarawak teroka pengeluaran keju berasaskan susu kerbau

KUCHING 23 April: Kerajaan Sarawak kini dalam usaha meneroka potensi baharu dalam industri tenusu tempatan dengan merancang penghasilan keju menggunakan susu kerbau, khususnya di kawasan utara negeri ini.
IMF turunkan unjuran pertumbuhan global akibat kesan kenaikan tarif

BEIJING, 23 April: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terkini menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 kepada 2.8 peratus, susut sebanyak 0.5 mata peratusan berbanding anggaran Januari lepas, lapor Xinhua.
Hantar mesej berbaur perkauman wajar dikenakan tindakan tegas – Aaron

KUALA LUMPUR, 23 April: Tindakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

SIBU, 23 April: Seorang lelaki berumur 38 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan ketika berburu bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit di Pasai Siong Tengah dekat sini pada Isnin lalu.
KPDN sedia bekerjasama dengan JAKIM susulan produk berunsur DNA babi

PUTRAJAYA, 23 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi agama di peringkat negeri bagi menangani isu produk makanan import dari Indonesia yang dikatakan mengandungi DNA babi (porsin).
KPDN tubuhkan jawatankuasa teknikal, tangani isu harga barangan keperluan

PUTRAJAYA, 23 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal baharu, bertujuan menangani isu harga serta bekalan barangan keperluan harian rakyat secara lebih strategik dan berterusan.
砂潮州沈氏公会完成改选 沈茂强蝉联会长

砂潮州沈氏公会已于今年4月20日(星期日)上午10时顺利召开会员大会,并选出第20届2025-2027年新执行委员。