Gaza hadapi sekatan bantuan kemanusiaan sejak 2 Mac – UNRWA

NEW YORK, 18 April 2025: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis mendedahkan bahawa tiada bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza sejak 2 Mac lalu, menjadikan tempoh sekatan bantuan paling lama sejak bermulanya pencerobohan Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Empat terbunuh dalam insiden kereta kabel di selatan Itali

LONDON, 18 April: Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita nasional Itali, ANSA.

TikTok Shop dan KPDN perkenal tip #ShopSafe, cegah penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 18 April: TikTok Shop Malaysia, platform e-dagang yang dipercayai di negara ini, menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan pembelian dalam talian menerusi inisiatif #ShopSafe.

Bantu NGO laksana program bermanfaat

DARO, 18 Apr: Sebanyak RM183,000 disumbangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tanah Besar Daro, Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Daro 2025, semalam.

Ramah-tamah Aidilfitri perkukuh hubungan

KOTA SAMARAHAN, 18 Apr: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pentadbiran Bahagian Samarahan disambut meriah malam tadi dan dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan isteri Datin Amar Baduyah Bujang.

Vitiligo: Hanya sekadar kelainan kulit

KUALA LUMPUR, 18 April: Pada mulanya dia menyangkakan terkena jangkitan panau apabila melihat kemunculan beberapa bintik putih pada bahagian kiri wajahnya, namun dari minggu ke minggu saiz bintik putih tersebut melebar sehingga hampir keseluruhan kulit wajahnya bertukar warna menjadi putih seakan susu.