Sekolah di Pelawan dibangunkan dengan bilik darjah pintar

SIBU, 18 Apr: Sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan bakal menerima perhatian khusus daripada wakil rakyatnya, Datuk Micheal Tiang Ming Tee menerusi beberapa inisiatif penambahbaikan termasuk cadangan mewujudkan bilik darjah pintar.
Kebimbangan isu kesihatan timbul seiring kemajuan ekonomi

KUCHING, 18 Apr: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menzahirkan kebimbangan susulan peningkatan masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti dan penyakit tidak berjangkit lain dalam kalangan masyarakat seiring dengan pertumbuhan pesat ekonomi rantau ASEAN.
Pemaju hartanah dipelawa teroka potensi Sibu

SIBU, 18 Apr: Bandar ini terus membuka ruang kepada lebih ramai pemaju hartanah bagi merancakkan pembangunan serta menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.
Gaji rendah, punca pakar perubatan enggan berkhidmat di tanah air

KUCHING, 18 Apr: Tawaran gaji lebih tinggi selain peluang pengkhususan yang lebih baik merupakan antara faktor ramai graduan perubatan tempatan memilih untuk bekerja di luar negara.
KPM sasarkan semua sekolah dilengkapi ‘smartboard’ menjelang 2027

BAYAN LEPAS, 18 April: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk memperluaskan penggunaan peranti ‘smartboard’ ke semua sekolah di seluruh negara menjelang 2027.
Lencana Jalur Gemilang pada uniform sekolah terapkan rasa cinta negara

BAYAN LEPAS, 18 April: Inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah yang berkuatkuasa bermula 21 April ini bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme serta rasa cinta kepada negara dalam kalangan pelajar sekolah.
Bayar dialisis ikut kemampuan kewangan

MIRI, 18 Apr: Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri menyediakan perkhidmatan mengikut kemampuan pesakit.
KPDN tidak kawal harga ubat, sebaliknya mahu ia dipaparkan

PUTRAJAYA, 18 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan bahawa pelaksanaan dasar paparan harga ubat di klinik swasta bukan bertujuan untuk mengawal harga, sebaliknya bagi memastikan ketelusan kepada pengguna.
Bangladesh bangkitkan sejarah dan tuntutan kewangan dalam pertemuan dengan Pakistan

DHAKA, 18 April: Bangladesh membangkitkan beberapa isu sejarah yang belum diselesaikan dengan Pakistan semasa satu sesi pertemuan diplomatik peringkat tinggi di Dhaka pada Khamis, penglibatan pertama dalam tempoh 15 tahun antara kedua-dua negara.
Samoa isytihar wabak denggi

SUVA, 18 April: Kementerian Kesihatan Samoa mengisytiharkan wabak demam denggi dengan satu kematian dilaporkan dan 15 kes yang disahkan sejak Januari, lapor Xinhua.