Malaysia, China bakal wujudkan mekanisme dialog asing dan pertahanan bersama

KUALA LUMPUR, 17 April: Malaysia dan China bersetuju untuk mewujudkan mekanisme dialog asing dan pertahanan bersama bagi meningkatkan strategi komunikasi dan kerjasama dalam keselamatan politik.
Arus deras sukarkan SAR mangsa pikap hanyut di Long Jekitan

MIRI, 17 April: Arus sungai yang deras disebabkan hujan lebat malam tadi menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi pacuan empat roda (4WD) yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Ulu Baram pada Isnin lepas.
Tarif Trump: Tengku Zafrul, Amir Hamzah bawa suara Malaysia, ASEAN ke Rumah Putih

KUALA LUMPUR, 17 April: Dua menteri kabinet Malaysia dijadualkan terbang ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bulan ini untuk membawa suara Malaysia dan ASEAN mengenai tarif timbal balik yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump.
Lawatan Jinping eratkan hubungan dagang Malaysia – China

KUALA LUMPUR, 17 April: Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia yang berakhir hari ini disifatkan telah berjaya mengeratkan hubungan perdagangan melibatkan kedua – dua negara.
Malaysia-China setuju pertikaian Laut China Selatan diselesai secara aman

KUALA LUMPUR, 17 April: Kerajaan Malaysia dan China bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian berhubung isu Laut China Selatan secara damai, menerusi rundingan selaras dengan undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 Konvensyen Undang-undang Laut.
Novel ‘Lyrics & You’, terjemah yakin diri Nuruljannah

MIRI, 17 Apr: Pernah menjadi mangsa kecam badan (body shaming) ketika belajar, penulis muda dari Miri Sarawak, Nuruljannah Usop mengakui ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.
China hargai peranan penting Malaysia promosi kerjasama ASEAN-China

KUALA LUMPUR, 17 April: China mengiktiraf peranan penting Malaysia mempromosikan kerjasama ASEAN dengan negara itu serta memberikan sokongan penuh kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Kontraktor tempatan digesa realisasikan pembangunan Sarikei

SARIKEI, 17 April: Daerah Sarikei dan sekitarnya kini menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor infrastruktur, perumahan dan perkhidmatan awam, sekali gus memperlihatkan potensi besar dalam pembangunan ekonomi setempat.
Seorang lagi suspek kes culik remaja di Seremban direman

SEREMBAN, 17 April: Seorang lagi suspek direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta pada 10 April lepas.
Wanita Daro disaran manfaat inisiatif kerajaan untuk tingkat ekonomi

DARO, 17 April: Golongan wanita di luar bandar terutama dari kawasan Daro disaran agar memperkasakan diri, khususnya dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.