Pertemuan bersemuka platform ketahui kemajuan projek di daerah Saratok

SARATOK, 16 April: Pertemuan secara bersemuka melalui mesyuarat bersama semua pihak terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (DAC) Saratok penting untuk mengetahui kemajuan setiap projek-projek yang dilaksanakan kerajaan di daerah ini.
JAKIM lapor MCMC komen jelik ketika Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 April: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani ketika Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Kesan tarif: Sarawak laksana strategi baharu hadapi ketidaktentuan ekonomi global

KUCHING, 16 April: Sarawak perlu memperkukuh strategi ekonomi dan memperluas sumber pendapatan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, terutamanya susulan gangguan pasaran serta pengenalan tarif baharu oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Bandar Pintar Kenyalang bangunkan ladang solar pintar di Sarawak

MIRI, 16 April: Usaha ke arah kelestarian tenaga di Sarawak semakin diperkasakan menerusi pembangunan ladang solar pintar di Bandar Pintar Kenyalang (KSC) hasil kerjasama strategik bersama China Energy Engineering Group Guangxi Electric Power Design Institute.
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan

JAKARTA, 16 April: Gunung Berapi Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus pada Rabu sekali gus mencetuskan amaran penerbangan dan nasihat keselamatan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Seorang masih hilang, pikap dihanyut arus deras

MIRI, 16 April: Usaha mencari seorang lelaki yang hilang dipercayai lemas setelah kenderaan pikap dipandunya dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, hulu Baram belum berhasil.
Kor diplomatik di Indonesia dan ASEAN tandatangan buku takziah Tun Abdullah

JAKARTA, 16 April: Anggota kor diplomatik di Indonesia, wakil ASEAN serta pemimpin organisasi Islam berpengaruh seperti Nahdlatul Ulama telah menandatangani nota takziah sebagai penghormatan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada Isnin.
Bandar Pintar Kenyalang bakal menjadi mercu tanda transformasi bandar lestari berimpak tinggi

MIRI, 16 April: Bandar Pintar Kenyalang (KSC) bakal muncul sebagai mercu tanda transformasi bandar lestari berimpak tinggi di Sarawak menerusi satu kerjasama strategik antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.
Polis buru lelaki bertindak agresif, lari sekatan jalan raya

JOHOR BAHRU, 16 April: Polis sedang memburu seorang lelaki kerana bertindak agresif dan memiliki senjata berbahaya ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam.
China, Malaysia meterai MoU tingkatkan pelaburan dan perdagangan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 April: Lawatan negara Presiden China Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia menekankan kepentingan negara dari segi peranannya dalam ASEAN dan hubungan dua hala dengan China, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.