Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 6.7 juta pada Januari-Februari

SANDAKAN, 13 April: Kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat sebanyak 31.3 peratus kepada 6.7 juta orang bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.
Abang Johari tamatkan kunjungan raya ke-15 di Majlis Rumah Terbuka ADUN Stakan

KOTA SAMARAHAN, 13 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menamatkan siri kunjungan Aidilfitri Syawal ke-15 beliau dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.
Sibu Jaya terus berkembang pesat, jadi contoh perbandaran moden di Sarawak

SIBU, 13 April: Sibu Jaya kini muncul sebagai contoh perbandaran moden yang pesat membangun di Sarawak, hasil kerjasama erat antara Kumpulan Amcorp dan Perbadanan Kemajuan Perumahan (HDC).
Kes campak di Mongolia melebihi 500

ULAN BATOR, 13 April: Jumlah kumulatif kes campak di Mongolia kini melebihi 500 selepas 11 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCCD) pada Ahad.
Pusat tahfiz bakal dibina di Kampung Palas, Limbang

LIMBANG,13 April: Sebuah pusat tahfiz bakal dibina di Kampung Palas dekat sini melalui peruntukan kerajaan negeri yang kini dalam peringkat rekabentuk.
Jalan Perhubungan Desa Kampung Pangtray siap dibina, mudahkan akses penduduk

DARO, 13 April: Penduduk Kampung Pangtray kini menikmati kemudahan jalan baharu sepanjang 393 meter yang menghubungkan rumah mereka ke jalan utama Daro-Matu serta beberapa kemudahan penting di Kampung itu.
Penunggang motosikal maut terbabas, pejalan kaki dilanggar kereta ketika beri bantuan

JOHOR BAHRU, 13 April: Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi bantuan turut terkorban apabila dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi.
KPM beri jamin siasatan telus kes pelajar SSTMI lemas

TAIPING, 13 April: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan siasatan secara telus dilakukan susulan seorang pelajar lelaki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor yang meninggal dunia akibat lemas pada November tahun lepas.
Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

ANKARA, 13 April: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Abang Johari meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Telekomunikasi dan Utiliti

KUCHING, 13 APRIL: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Bersama Agensi 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).