Jalan Awang Ramli Amit jadi trek mat rempit malam minggu, tiga lelaki ditahan

SIBU, 13 April: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki menunggang secara melulu dan berbahaya menerusi Operasi Samseng Jalanan khas di Jalan Awang Ramli Amit yang merupakan lokasi tumpuan mat rempit yang menjadikannya trek lumba tidak rasmi setiap hujung minggu.

Abang Johari sifatkan mendiang Devong berperanan perkasa pendidikan, sosial Orang Ulu

KUCHING, 13 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan rasa sedih atas pemergian seorang tokoh wanita berpengaruh dari komuniti Orang Ulu, mendiang Datin Seri Devong Anyie yang banyak menyumbang kepada pembangunan sosial dan pendidikan di kawasan pedalaman, khususnya di Belaga.