Pasaran getah dijangka diniaga mendatar minggu depan

KUALA LUMPUR, 12 April: Pasaran getah Malaysia dijangka diniaga secara mendatar pada minggu akan datang dengan harga berkemunginan menjejaki niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah, dalam persekitaran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

400,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal sejak 18 Mac – UNRWA

NEW YORK, 12 April: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menganggarkan kira-kira 400,000 penduduk di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal susulan kegagalan perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui pelbagai kaedah

KUALA LUMPUR 12 April: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah.

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

KUALA LUMPUR, 12 April: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China selepas menumpaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pusingan suku akhir pada Jumaat.

Ibu di Gaza hanya mampu melihat bayi kebuluran akibat sekatan bantuan berterusan

GAZA, 12 April: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram. Tubuh kecil itu hampir tidak bergerak, matanya tidak mampu menjejaki pergerakan, sementara ibunya yang kelihatan cengkung dan sugul hanya mampu mendodoi perlahan, seolah-olah berharap anaknya kembali bertenaga.