Radas tamat tempoh, bot nelayan tempatan ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 11 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 2.5 batu nautika utara perairan Samalaju kerana melakukan kesalahan di bawah Akta komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu lesen penguntukan radas telah tamat tempoh semalam.

OCHA beri amaran situasi orang awam di Gaza semakin parah

NEW YORK, 11 April: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran bahawa pergolakan yang berterusan di seluruh Semenanjung Gaza memberi kesan buruk kepada orang awam, mengancam keselamatan serta meragut peluang mereka untuk terus hidup, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sindiket edar dadah ke Sarawak tumpas, syabu bernilai RM3.33 juta dirampas

KUALA LUMPUR, 11 April: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke Sarawak susulan penahanan tiga lelaki dan merampas 104 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu bernilai RM3.33 juta dalam operasi di Lembah Klang, 5 April lepas.