Acara memanah kompaun pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik LA28

KUALA LUMPUR, 10 April: Acara memanah kompaun bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menerusi penyertaan acara berpasukan campuran, susulan pengumuman oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam.
Sarang tebuan sebesar tayar kereta kancil di siling rumah

LIMBANG, 10 April: Seorang penduduk terkejut selepas menyedari mereka ‘serumah’ dengan tebuan yang membina sarang sebesar tayar kereta kancil di siling rumah sebelum bertindak pantas menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang pada Rabu.
Ribuan jutawan tinggalkan London kerana cukai tinggi dan Brexit

LONDON, 10 April: Ribuan jutawan telah meninggalkan London dalam setahun lalu, dengan sebahagian daripada mereka berpindah ke Amerika Syarikat atau Asia, didorong oleh cukai yang tinggi dan Brexit, menurut satu laporan yang diterbitkan pada hari Rabu.
Ora Et Labora Run kembali dengan tema ‘Back to school!’

KUCHING, 10 April: Persatuan Bekas Pelajar St. Joseph (Old Josephians’ Association – OJA) Kuching akan menganjurkan edisi ke-8 acara larian tahunan Ora Et Labora Run pada 4 Oktober 2025, bertempat di pekarangan SMK St. Joseph bermula 6.00 pagi.
Kepelbagaian, aset Malaysia yang perlu dipelihara

PUTRAJAYA, 10 April: Kepelbagaian adalah aset Malaysia yang perlu dipelihara dan diberi penghargaan dengan penuh rasa tanggungjawab, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.
Trump umum penangguhan tarif selama 90 hari kepada lebih 75 negara

WASHINGTON, 10 April: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang, satu langkah yang disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah sebagai faktor di sebalik langkah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Buaya sesat di atas jalan Kampung Halud, Matu

MATU, 10 April: Seekor buaya sesat di atas jalan utama Kampung Halud menggemparkan penduduk sebelum berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Matu.
China naikkan kadar tarif ke atas semua barangan import dari AS kepada 84 peratus

BEIJING, 10 April: Kadar tarif tambahan China untuk semua barangan import dari Amerika Syarikat (AS) akan dinaikkan daripada 34 peratus kepada 84 peratus bermula 10 April, lapor saluran televisyen milik kerajaan China, CCTV pada Rabu, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Kes demam denggi berkurangan pada ME 13, tiada kematian dilaporkan

KUALA LUMPUR, 10 April: Kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 1,021 kes pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME 13) bagi tempoh 23 hingga 29 Mac lepas berbanding 1,129 kes pada minggu sebelumnya.