Alia Sazana terima rekod dunianya tidak diiktiraf, sasar emas Sukan SEA 2025

KUALA LUMPUR, 7 April: Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari tidak terkilan selepas rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita yang beliau cipta pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok, Februari lepas tidak diiktiraf sebagai rekod dunia.
Tarif AS beri cabaran dan juga peluang kepada ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 April: Pengumuman tarif oleh Washington baru-baru ini akan mengubah dinamik perdagangan dan persekitaran operasi yang boleh mempengaruhi naratif pertumbuhan ekonomi, sekali gus memberikan cabaran dan juga peluang kepada ASEAN.
Setiap kampung terima peruntukan sama rata

MUKAH, 7 April: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian menerima sejumlah peruntukan setiap tahun untuk pelaksanaan projek yang menjadi keperluan utama.
Kerajaan sedang laksana langkah kukuh atasi kesan tarif AS – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April: Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran setinggan di Bintulu

BINTULU, 7 April: Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan 17 unit rumah setinggan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong yang mengakibatkan 93 penghuni hilang tempat tinggal hari ini.
Rasuah, ketirisan penjawat awam belum selesai – PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui isu ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat awam masih berlaku.
Warga emas selamatkan rumah daripada terbakar

SIBURAN, 7 April: Tindakan pantas seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun berjaya menyelamatkan kediamannya di Kampung Siburan daripada terbakar awal pagi tadi.
KP JBPM arah bomba Sarawak siap siaga hadapi cabaran baharu

SIBU, 7 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran baharu selaras dengan hasrat kerajaan negeri menerajui penggunaan tenaga alternatif di negeri itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad.
RM2 juta naik taraf jalan pertanian Kampung Sebako 1

LUNDU, 7 April: Kemudahan infrastruktur di Kampung Sebako 1 bakal dipertingkatkan menerusi projek naik taraf jalan pertanian melibatkan peruntukan RM2 juta.
Petronas Gas giat menilai impak insiden kebakaran Putra Heights

KUALA LUMPUR, 7 April: Petronas Gas Bhd (PGB) sedang giat menilai impak kewangan dan operasi akibat insiden kebakaran di saluran paip utama di Putra Heights, berhampiran Puchong, Selangor.