Budaya ziarah-menziarahi eratkan lagi perpaduan kaum

MIRI, 7 Apr: Budaya ziarah-menziarahi ketika musim perayaan terus menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di Sarawak, sekali gus memaparkan keunikan perpaduan di negeri ini.
Abang Johari dan isteri berjarah raya ke rumah Jamilah

KUCHING, 7 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang melakukan kunjungan Aidilfitri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu di Damai Jaya Santubong, di sini, malam ini.
Penjawat awam diberi pendedahan teknologi baharu, kurangkan kebergantungan konsultan luar – Anwar

PUTRAJAYA, 7 April: Penjawat awam perlu diberikan pendedahan dalam teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap konsultan luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuatan hina, keji – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR, 7 April: Menjadikan ibadah umrah sebagai alat mengaut keuntungan adalah perbuatan yang hina dan keji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Kebakaran gas: Lebih banyak syarikat diharap sumbang kepada mangsa

KUALA LUMPUR, 7 April: Kerajaan berharap lebih banyak lagi syarikat korporat dapat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas.
Tarif AS: Semakan semula KDNK akan berlandaskan analisis impak menyeluruh – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 April: Sebarang perubahan kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5-5.5 bagi 2025 akan berlandaskan analisis impak menyeluruh yang dijalankan oleh Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Sekurang-kurangnya 20 maut akibat ribut di Amerika Syarikat

WASHINGTON, 7 April: Angka korban akibat ribut kuat yang melanda wilayah Midwest dan selatan Amerika Syarikat meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 nyawa, lapor agensi berita Jerman dpa memetik media tempatan.
Lelaki disyaki pukul warga emas ditahan

MELAKA, 7 April: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul jirannya dengan sebatang besi akibat pertengkaran mulut, Khamis lepas.
Misi tawan Everest, ‘abang’ bomba berlepas ke Nepal malam ini

SEPANG, 7 April: Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bakal berlepas ke Nepal malam ini bagi melaksanakan misi pendakian Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest ‘Mencari Hati Emas’ 2025.
Saintis cipta perentak jantung boleh larut terkecil di dunia

WASHINGTON, 7 April: Saintis di Universiti Northwestern di Amerika Syarikat (AS) membangunkan perentak jantung yang sangat kecil sehingga boleh muat di hujung picagari dan disuntik ke dalam badan secara tidak invasif, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).