Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengurus syarikat hilang lebih RM650,000

JOHOR BAHRU, 6 April: Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM651,800 lesap, selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook, awal tahun ini.

Mesir tolak pengusiran rakyat Palestin, beri amaran terhadap kebisuan dunia

KAHERAH, 6 April: Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 131 orang pagi ini

KOTA KINABALU, 6 April: Jumlah mangsa banjir penduduk empat kampung yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini, kekal 131 orang daripada 29 keluarga setakat 8 pagi ini.

Lelaki cemas, kereta dipandu terbakar

MIRI, 6 April: Seorang lelaki berusia 37 tahun berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbakar di Lebuhraya Pan Borneo,Jalan Miri- Bintulu berdekatan simpang Ladang Lavang di sini, malam tadi.