Jangan letak ubat gigi, krim atau losyen pada bahagian melecur – Pakar

KUALA LUMPUR, 3 April: Individu yang melecur akibat kebakaran dinasihatkan tidak membuat rawatan sendiri dengan meletakkan sebarang jenis krim, losyen atau ubat gigi pada bahagian atau anggota badan yang mengalami kecederaan itu.
Trump tandatangani perintah kenakan tarif timbal balik kepada semua negara

WASHINGTON, 3 April: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Rabu bagi melaksanakan janjinya yang telah lama dinyatakan untuk mengenakan tarif timbal balik ke atas negara-negara di seluruh dunia, satu langkah yang menyebabkan pasaran menjunam selama beberapa bulan.
Kebakaran saluran paip: Penduduk mula masuk periksa rumah hari ini

KUALA LUMPUR, 3 April: Pemilik 115 rumah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas dibenarkan memasuki kediaman masing-masing secara berfasa mulai hari ini.
Naik belon kekal sebagai talian hayat masyarakat Mulu

KUCHING, 3 April: Meliputi hampir 10,000 kilometer persegi, Mulu yang terletak di bahagian utara Sarawak, adalah antara kawasan pilihan raya negeri terbesar di Bumi Kenyalang.
Ringgit dibuka rendah susulan dolar AS meningkat selepas langkah tarif Trump

KUALA LUMPUR, 3 April: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas global.
Trump umum tarif kepada semua negara termasuk Malaysia pada 24 peratus

KUALA LUMPUR, 3 April: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
Gempa Myanmar: SMART temukan tujuh mangsa, seorang masih hidup

KUALA LUMPUR, 3 April: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setakat ini berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.
Penyokong Chelsea, Man City ganas dilarang hadir Piala Dunia Kelab

ANKARA, 2 Apri: Kira-kira 150 penyokong Chelsea dan Manchester City yang sebelum ini dikenakan Perintah Larangan Bola Sepak tidak dibenarkan menghadiri Piala Dunia Kelab FIFA 2025 di Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai 2025, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media Britain.
Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara

ISTANBUL, 3 April: Tentera yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan penentang ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Lebih 30 jam selepas kebakaran saluran gas, tumpuan terarah pada siasatan punca kejadian

KUALA LUMPUR, 3 April: Lebih 30 jam selepas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya menggemparkan negara pada pagi Selasa, tumpuan kini terarah kepada siasatan punca kejadian dan pemeriksaan tahap keselamatan yang dilaksanakan di kawasan itu.