Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi 1 April

BANGKOK, 31 Mac: Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi pada Selasa selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.
Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat kepada 2,056

YANGON, 31 Mac: Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,056 orang, dengan kira-kira 3,900 cedera dan hampir 270 lagi dilaporkan hilang, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin, lapor Xinhua.
Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamatkan bomba

IPOH, 31 Mac: Tujuh sekeluarga yang sedang beriadah di Lata Batu Hampar, Kuala Kangsar berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap akibat kepala air sebelum diselamatkan sepasukan bomba dalam kejadian petang tadi.
Dua cedera, kereta terbakar langgar pokok

MIRI, 31 Mac: Dua cedera selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar selepas melanggar pokok di jalan lampu isyarat SK Merbau, Desa Murni, di sini, petang tadi.
Rumah kebun tinggal rangka

BINTULU, 31 Mac: Sebuah rumah kebun tinggal rangka selepas terbakar dalam kejadian di Similajau di sini, petang tadi.
Mayat Mohamad Fayyad Affan ditemui dalam sungai

BALING, 31 Mac: Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, sejak Jumaat lepas berakhir dengan penemuan mayatnya di dalam Sungai Ketil di sini pada 3.15 petang tadi.
Le Pen didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana Parlimen EU

PARIS, 31 Mac: Mahkamah jenayah di Paris pada Isnin mendapati ahli politik nasionalis sayap kanan Perancis, Marine Le Pen bersalah dalam kes penyelewengan dana, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Gempa bumi Myanmar: SMART fokus selamatkan mangsa di rumah ibadat

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menumpukan usaha mengesan mangsa terperangkap di rumah-rumah ibadat yang terkesan dengan bencana gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar.
Ibu pejabat MASWings dipindahkan ke Sarawak

KUCHING, 31 Mac: Ibu pejabat MASWings yang kini masih beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah akan dipindahkan ke Sarawak.
Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, kebanyakan dengan nada negatif – Laporan

WASHINGTON, 31 Mac:Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.