Padanan kasut dan pakaian tradisional, cerminan identiti budaya

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pemakaian kasut yang sesuai dengan pakaian tradisional bukan sekadar soal gaya, tetapi juga mencerminkan penghormatan terhadap budaya dan warisan bangsa.
Tiada ‘baju Melayu kontroversi’ Aidilfitri ini , penggiat budaya harap warisan terus terpelihara

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Baju Melayu daripada fabrik jarang, tidak berlengan malah menyerupai baju wanita antara yang pernah mencetuskan kontroversi pada sambutan Aidilfitri beberapa tahun lepas dengan penggiatnya dianggap mencabul budaya warisan yang sepatutnya dijunjung dan dipelihara.
Lelaki ditahan berhubung kejadian kebakaran hutan di Korea Selatan

SEOUL, 30 Mac: Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad mengesahkan bahawa mereka menahan seorang lelaki yang disyaki mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan kawasan tenggara negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Muhammad Haikal sasar kembali beraksi di Malaysia Masters 2025

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri terpaksa menunggu selewat-lewatnya Mei ini sebelum dapat kembali menyertai sebarang kejohanan kompetitif bersama gandingannya Choong Hon Jian.
Trend perbelanjaan Raya: Pengguna lebih berhati-hati di sebalik ekonomi, pasaran buruh yang stabil

PUTRAJAYA, 30 Mac: Ketidaktentuan ekonomi semasa memberi kesan terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia dalam musim perayaan, dengan pengguna cenderung lebih berhati-hati meskipun keadaan ekonomi negara berada dalam landasan yang baik.
Hamas terima cadangan gencatan senjata baharu di Gaza

ISTANBUL, 30 Mac: Hamas pada Sabtu bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya, lapor Anadolu Ajansi.
Kekeruhan air mentah di tiga LRA, SADA saran pengguna simpan bekalan

ALOR SETAR, 30 Mac: Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyarankan pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah.
21 kenderaan berat langgar perintah larangan bergerak disita

IPOH, 30 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan berat dikesan gagal mematuhi arahan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan sempena Aidilfitri yang dikuatkuasakan semalam.
Pendekatan Anwar redakan kontroversi isu perkauman wajar dicontohi

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meredakan beberapa kontroversi berkaitan sensitiviti kaum dan agama sejak kebelakangan ini merupakan model kepimpinan yang wajar dicontohi.
Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamatan syarikat treler

IPOH, 30 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di KM58.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Kluang, Khamis lepas.