Polis terpaksa lepaskan tembakan

KUCHING, 30 Mac: Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan selepas cuba dilanggar dan berjaya menahan tiga suspek ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Green di sini, awal pagi tadi.

Pengangkutan awam mod paling selamat musim perayaan – Pakar keselamatan jalan raya

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Dalam kesibukan rakyat Malaysia membuat persiapan akhir pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri, penggunaan pengangkutan awam terutama bas dan rel dilihat menjadi pilihan utama berikutan rekod keselamatannya yang jauh lebih baik berbanding kenderaan persendirian.

Video tular anggota JPJ tahan penunggang motosikal insiden lama

PUTRAJAYA, 30 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada 2020.

Waspada gegaran gempa bumi

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Walaupun kedudukan Malaysia di luar Lingkaran Api Pasifik, tiada jaminan negara bebas daripada risiko gempa bumi justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap gegaran yang berlaku susulan gempa bumi di negara jiran.