Kerajaan Sarawak salur bantuan tanpa batas kaum, agama

KUCHING, 29 MAC: Sarawak terus menjadi contoh terbaik kepada nilai Malaysia Madani apabila budaya saling bantu-membantu diamalkan secara ikhlas tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun budaya, khususnya dalam membantu golongan rentan di musim perayaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Malaysia hantar 50 anggota pasukan bantuan kemanusiaan ke Myanmar susulan gempa bumi

PUTRAJAYA, 29 Mac: Malaysia akan menghantar seramai 50 anggota pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar pada Ahad (30 Mac) bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana susulan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar, utara Thailand dan sebahagian selatan China.

694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi Myanmar

MANDALAY (Myanmar), 29 Mac: Seramai 694 orang terbunuh, 1,670 cedera dan 68 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.