Tingkat kesedaran keselamatan jalan raya semasa Aidilfitri

KOTA SAMARAHAN, 28 Mac: Program advokasi jalan raya bertemakan Advokasi Op Selamat Hari Raya 2025 diadakan di Persimpangan Depo Rembus, Jalan Samarahan-Asajaya hari ini.
Penggunaan lencana Jalur Gemilang semai semangat patriotisme

KUCHING, 28 Mac: Penggunaan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar adalah satu langkah yang baik dari segi menyemai semangat patriotisme pelajar.
Tender projek pembesaran Landasan Lapangan Terbang Limbang sedang dinilai

LIMBANG, 28 Mac: Projek pembesaran landasan Lapangan Terbang Limbang yang kini dalam peringkat penilaian tender disifatkan bertepatan dengan keputusan pengambilalihan MASWings oleh Kerajaan Sarawak.
132,000 penumpang dijangka guna feri

ALOR SETAR, 28 Mac: Kira-kira 132,000 penumpang dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi dan sebaliknya, dijangka akan menggunakan perkhidmatan feri sepanjang waktu puncak menjelang perayaan Aidilfitri bermula semalam sehingga 6 April.
Masyarakat semakin sedar kepentingan jaga sungai

ENGKILILI, 28 Mac: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menganjurkan sebanyak 29 program dengan melibatkan lebih daripada 5,781 peserta sepanjang tahun 2024.
Pemisahan untuk Tang jie-Ee wei muhasabah diri

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky menyifatkan tindakan memisahkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah untuk kedua-dua pemain itu bermuhasabah diri terhadap kemelut dialami mereka ketika ini.< Rexy berkata, beliau dan ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto memutuskan untuk menggandingkan Tang Jie dengan Chan Wen Tse, manakala Ee Wei pula berpasangan dengan Loo Bing Kun pada lima kejohanan bermula Mei ini, untuk menilai semula hala tuju pasangan keempat dunia itu selepas ini. Menurutnya, Tang Jie dan Ee Wei akan digandingkan dengan pasangan baharu mereka pada Terbuka Taiwan (6-11 Mei), Terbuka Thailand (13-18 Mei), Masters Malaysia (20-25 Mei), Terbuka Singapura (27 Mei-1 Jun) dan Terbuka Indonesia (3-8 Jun). Bagaimanapun, beliau dan Nova meletakkan tiga kejohanan awal iaitu Terbuka Taiwan, Terbuka Thailand dan Masters Malaysia sebagai penanda aras, untuk melihat sama ada eksperimen tersebut benar-benar menjadi atau sebaliknya. “Kita lihat bahawa kebiasaannya Ee Wei tidak mahu kalah, manakala Tang Jie pula kerap senyap dan situasi ini yang memberi kesan pada hubungan mereka seterusnya (prestasi) tidak konsisten. “Maka tujuan (perpisahan) ini untuk mereka lihat dapat pandangan jelas siapa mereka dan pasangan sebenar mereka…mungkin satu ketika Ee Wei akan sedar dia dengan Tang Jie lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini. Rexy juga menyifatkan kenyataan Tang Jie yang masih sayangkan Ee Wei seperti dilaporkan media baru-baru ini juga amat positif, sekali gus memberi sinar harapan mereka akan disatukan kembali pada satu hari nanti. Beliau berkata Tang Jie dan Ee Wei juga boleh mengambil iktibar dengan kisah beregu lelaki profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang pernah dipisahkan sementara waktu sebelum ini dan muncul pasangan kedua terbaik dunia ketika ini, selepas bersetuju untuk digandingkan semula apabila kurang menyerlah dengan pasangan masing-masing. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan meneruskan gandingan baharu antara Tang Jie-Wen Tse dan Ee Wei-Bing Kun, seandainya kedua-dua pasangan tersebut menyerlah selepas lima kejohanan tersebut. Pakar beregu dari Indonesia pada masa sama berkata langkah tersebut juga mampu membantu Wen Tse dan Bing Kun untuk melonjakkan prestasi mereka, dengan mengutip pengalaman berharga beraksi bersama Tang Jie dan Ee Wei yang kini muncul pasangan keempat terbaik dunia. Sementara itu, Rexy memaklumkan dia dan Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Herry Iman Pierngadi menunaikan hasrat Tang Jie yang ingin beraksi dalam acara beregu lelaki sepanjang tempoh perpisahan dengan Ee Wei. Justeru, beliau berkata pemain berusia 27 tahun itu akan bergandingan bersama Wong Vin Sean untuk Terbuka Taiwan dan Terbuka Thailand kali ini. Awal hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Tang Jie-Ee Wei dipisahkan untuk kejohanan akan datang, susulan cadangan daripada panel kejurulatihan termasuk Rexy dan Nova pada mesyuarat jawatankuasa prestasi baru-baru ini Ketegangan dalam hubungan mereka dikatakan bermula sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024, di mana mereka tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 19-21, 14-21. Baru-baru ini, Ee Wei memadamkan semua gambar bersama Tang Jie di akaun Instagramnya, susulan kekalahan mereka di pusingan pertama All England 2025. Mengenai penstrukturan semula kejurulatihan utama BAM, Rexy yang sebelum ini merupakan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia sememangnya bersetuju dengan langkah tersebut dan tugas baharunya memandangkan saingan beregu merupakan kepakaran serta minatnya. Selasa lepas, penstrukturan itu turut menyaksikan Ketua Jurulatih Perseorangan Kenneth Jonassen dari Denmark kini memegang jawatan pengarah kejurulatihan perseorangan negara.-TVS
Individu pulang ke UK bawa denggi

LONDON, 28 Mac: Kes demam denggi dalam kalangan individu yang pulang ke United Kingdom (UK) dari luar negara mencapai tahap tertinggi sejak mula direkodkan, menurut data baharu, lapor PA Media/dpa.
Maradona alami oedema paru-paru, penyakit otot jantung sebelum meninggal dunia

BUENOS AIRES, 28 Mac: Hasil bedah siasat terhadap legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, didedahkan buat kali pertama pada Khamis semasa perbicaraan terhadap tujuh doktor dan jururawat yang merawatnya sebelum kematian pada 2020, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ahmad jais kecewa pasukan lelaki gagal capai sasaran

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki negara, Ahmad Jais Baharun mengakui kecewa dengan persembahan ditampilkan anak buahnya apabila gagal mencapai sasaran ditetapkan di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) di Bihar, India, yang berakhir Selasa lepas.
Lula kecam tarif AS, ancam ambil tindakan balas

RIO DE JANEIRO, 28 Mac: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Khamis mengkritik tarif baharu yang dikenakan oleh rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sambil memberi amaran bahawa negaranya mungkin mengambil langkah perdagangan balas terhadap AS, lapor Xinhua.