Bangkok isytihar darurat berikutan gempa bumi kuat

BANGKOK, 28 Mac: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mengarahkan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bangkok sebagai kawasan darurat berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan ibu negara Thailand.
Sumbangan khas Perdana Menteri RM426,000 ceriakan masjid, golongan asnaf

MELAKA, 28 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menzahirkan keprihatinan dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM426,000 kepada golongan asnaf, anak yatim, imam masjid dan bakal haji terpilih di negeri ini.
Mayat lelaki yang terjatuh dalam sungai di Bungan Kecil ditemui

MUKAH, 28 Mac: Mayat seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Bungan Kecil pada Rabu lalu ditemui pada kira-kira pukul 7.30 malam ini.
3 maut, puluhan hilang selepas bangunan runtuh akibat gempa bumi di Bangkok

BANGKOK, 28 Mac: Tiga individu disahkan maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menggegarkan ibu negara Thailand pada tengah hari Jumaat.
PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.
Pembinaan semula rumah panjang perlu ambil kira bencana alam, status tanah

BINTULU, 28 Mac: Pembangunan semula penempatan rumah panjang termasuk yang musnah akibat kebakaran harus mengambil kira pelbagai faktor termasuk bencana alam dan status tanah.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Place Borneo meterai MoU, bekerjasama lawan rabies

KUCHING, 28 Mac: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS Sarawak) menjalin usaha sama strategik dengan Place Borneo Sdn Bhd, sebuah syarikat penganjur persidangan profesional dan pengurusan acara, untuk menjalankan Program Pembasmian Rabies Sarawak.
Pesara rugi RM200,000 akibat terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian

KUCHING, 28 Mac: Akibat tertarik dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan komisen lumayan, seorang pesara berumur lewat 50-an di Kuching mengalami kerugian kira-kira RM200,000.
Sarawak Energy pastikan bekalan elektrik stabil sepanjang Aidilfitri

KUCHING, 28 Mac: Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui cabang runcit dan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) akan meningkatkan usaha bagi memastikan bekalan elektrik stabil dan tidak terganggu di seluruh Sarawak sepanjang Hari Raya Aidilfitri.
Bintang K-Pop bersatu sokong mangsa kebakaran hutan

SEOUL, 28 Mac: Artis K-Pop tampil memberikan sokongan kepada usaha bantuan kebakaran hutan ketika Korea Selatan berdepan bencana kebakaran hutan terburuk dalam tempoh beberapa tahun yang telah meragut puluhan nyawa, lapor agensi berita Yonhap.