Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam kebakaran hutan di Korea Selatan

SEOUL, 26 Mac: Angka korban akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan meningkat kepada 15, ketika pasukan bomba berusaha gigih mengawal kebakaran yang terus merebak dengan pantas, lapor Agensi Berita Yonhap.

Tiga cedera, van dinaiki langgar pokok

KUCHING, 26 Mac: Seorang lelaki dan dua wanita cedera selepas van dinaiki melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Sultan Tengah, Jalan Rampangi di sini, malam tadi.

Pemuda PBB Tupong, Kuching City FC agih bubur asyura di Kubah Ria

KUCHING, 26 Mac: Sebanyak 800 pek bubur asyura diagihkan kepada orang ramai di pintu masuk utama Kubah Ria  di sini, oleh Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzruddin Abdul Rahman, pada Selasa.

CENTEXS Commercial perluas pasaran warisan Sarawak

KUCHING, 26 Mac: Setelah enam tahun bertapak dalam industri kreatif, seni, warisan, dan budaya Sarawak, CENTEXS Commercial kini memperluaskan usahanya mempromosikan produk warisan Sarawak melalui kedai runcit, Sense of Malaysia (SOM), ke pasaran Semenanjung Malaysia dan antarabangsa.

AS, Rusia bincang larangan serangan ke atas infrastruktur tenaga, keselamatan laut hitam

WASHINGTON, 26 Mac: Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dalam perbincangan terkini di Riyadh bersetuju merangka langkah bagi melaksanakan perjanjian antara Presiden Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin untuk melarang serangan ke atas infrastruktur tenaga di Rusia dan Ukraine, menurut kenyataan Rumah Putih.