Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatkan di Myanmar akan dihantar pulang

BANGKOK, 24 Mac: Kumpulan ketiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang diselamatkan di Myanmar, terdiri daripada 24 individu dijangka dihantar pulang esok.
Ketua Pertahanan Filipina, AS akan berjumpa di Manila pada 28 Mac

MANILA, 24 Mac: Setiausaha Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina Gilberto Teodoro Jr dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth pada 28 Mac di Kem Aguinaldo, Quezon City, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Peranan Mohammad Norza berubah di RTG, lindungi daripada ketidakstabilan politik – Hannah

BANGI, 24 Mac: Keputusan penyenaraian Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku timbalan pengerusi Road to Gold (RTG), bertujuan melindungi program tersebut daripada sebarang ketidakstabilan politik.
PM hargai petugas barisan hadapan, salur sumbangan Aidilfitri kepada warga IPD Putrajaya

PUTRAJAYA, 24 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaannya terhadap petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini dengan menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 250 anggota di IPD berkenaan.
MATRADE sasar peningkatan nilai eksport barangan lima peratus tahun ini – Pengerusi

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diberi sasaran bagi meningkatkan eksport barangan negara sebanyak lima peratus kepada RM1.58 trilion pada 2025.
Menteri Luar: Usaha Jordan hentikan keganasan Israel berterusan

AMMAN, 24 Mac: Menteri Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi berkata usaha diplomatik Jordan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza serta menamatkan aktiviti haram Israel di Tebing Barat terus dijalankan, lapor Agensi Berita Jordan.
Banjir di Sarawak pulih, dua PPS terakhir ditutup

SIBU, 24 Mac: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup sepenuhnya hari ini.
Polis tahan lima individu, rampas dadah bernilai lebih RM106,000 di Padawan

KUCHING, 24 Mac: Polis merampas pelbagai dadah dianggar bernilai RM106,000 selepas menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing dalam tiga serbuan di Padawan, Sabtu lepas.
Tun Wan Junaidi, isteri hadir Majlis Bersungkei

KUCHING, 24 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Bersungkei bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang berlangsung di Surau Astana Negeri Sarawak, hari ini.
Peniaga jangan ambil kesempatan jual santan cair – Fuziah

NILAI, 24 Mac: Peniaga santan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan mencampurkan perahan santan segar dengan bahan lain semata-mata untuk mengaut keuntungan menjelang Aidilfitri.