Perbincangan Putin-Trump mungkin berlangsung minggu depan

NEW YORK, 17 Mac (Bernama-TASS) — Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan utusan khas presiden AS Steven Witkoff kepada CNN.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat

WASHINGTON, 17 Mac: Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan dengan menambah koleksi kejuaraan apabila menyapu dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2025 Tahap 1 di Toledo yang berakhir semalam.

Sekoh Raya perkenal muzik video Riuh Raya

KUCHING, 17 Mac: Program Sekoh Raya : Tang Raya Jak Siya merupakan acara pop yang menampilkan pameran koleksi eksklusif baju raya dan baju kurung tradisional, kontemporari hingga ke gaya moden yang diadakan bermula pertengahan sehingga penghujung Ramadan.

Bersedia hadapi cabaran pasaran kenderaan elektrik

KUCHING, 17 Mac: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) diminta bersiap sedia mendepani cabaran pasaran kenderan lebih kompetetif daripada pesaing termasuk pasaran kenderaan elektrik (EV).

Rusia lancar roket Angara-1.2 bawa satelit ketenteraan

MOSCOW, 16 Mac: Angkatan Aeroangkasa Rusia telah melancarkan satelit ketenteraan menggunakan roket pembawa Angara-1.2 dari Plesetsk “Cosmodrome”, menurut Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.