Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan Can$29.8 bilion dari AS – Menteri Kewangan

WASHINGTON, 13 Mac: Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai Can$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS), termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada Dominic LeBlanc pada Rabu.
All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Beregu lelaki utama negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani memulakan kempen Kejohanan Badminton All England dengan langkah kanan selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, dalam perlawanan pembukaan semalam.
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan

ISTANBUL, 13 Mac: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam “perang dadah” yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.
Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat

SHAH ALAM, 13 Mac: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China dan peningkatan kos

STUTTGART, 13 Mac: Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada €3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.
Lembaga Zakat disaran perkasa kerjasama dengan masjid, persatuan penduduk – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Lembaga Zakat negeri disaran memperkasakan kerjasama dengan institusi masjid dan persatuan penduduk bagi memastikan zakat dapat disalurkan dengan lebih baik kepada golongan memerlukan.
Kuching City FC benam KDA FC 3-0

KUCHING, 13 Mac: Kuching City FC memintas Terengganu FC untuk berada di tangga keempat Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 di Stadium Negeri di sini, malam tadi.
Pasukan keselamatan Pakistan hapuskan pengganas dalam fasa akhir operasi di Balochistan

ISLAMABAD, 13 Mac: Pasukan keselamatan Pakistan kini memasuki fasa akhir operasi terhadap pengganas yang menyerang sebuah kereta api penumpang dan menawan sejumlah tebusan di Wilayah Balochistan, barat daya negara itu, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan pada Rabu.