TYT, Premier hadir Nuzul Al-Quran peringkat Sarawak 2025 di Serian

SERIAN, 13 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, bakal menyempurnakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2025M pada Isnin ini, 17 Mac di Serian.
Kanak-kanak perempuan hilang hampir 45 minit dibawa lari pencuri kereta

SHAH ALAM, 13 Mac: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak sulungnya berusia enam tahun dilarikan hampir 45 minit setelah keretanya dipercayai dicuri seorang lelaki dalam kejadian di sebuah taska di Setia Alam, semalam.
KPDN serbu dua premis penyembelihan ayam beroperasi secara haram, kotor

CHERAS, 13 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyerbu dua premis penyembelihan ayam di sekitar Cheras di sini, awal pagi tadi kerana beroperasi secara haram dan kotor.
Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.
RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan modal pinjaman

PUTRAJAYA, 13 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pelaburan dana berjumlah RM1.1 bilion daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Sapura Energy Berhad (SEB) merupakan modal pinjaman dan bukannya ‘bailout’ oleh kerajaan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini

ALOR SETAR, 13 Mac: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.
Air Asia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura – EXCO

IPOH, 12 Mac: Kerajaan Perak berharap syarikat penerbangan Air Asia mempertimbangkan semula keputusan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura yang akan berkuat kuasa 25 April, seperti diumumkan dalam laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan.
All England: Wei chong-Kai Wun tersingkir awal

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Tiada wakil beregu lelaki daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mara ke pusingan kedua Seluruh England, selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir di pusingan pertama awal pagi tadi.
Op Khas Pagar Laut: Aktifkan 449 pemeriksaan, 173 penggeledahan menjelang Aidilfitri

MIRI, 13 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengaktifkan Op Khas Pagar Laut dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (pati), penyeludupan bunga api, mercun, barang-barang kawalan serta kontraband terutamanya di lokasi titik panas (hotspot) semasa bulan ramadan dan syawal.
Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur – Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.