Indonesia rancang bina penjara berkeselamatan tinggi di pulau terpencil untuk pegawai korup

JAKARTA, 13 Mac: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengumumkan rancangan untuk membiayai pembinaan sebuah penjara berkeselamatan tinggi di sebuah pulau terpencil bagi menempatkan pegawai yang terlibat dalam rasuah.

Anggota APM maut kemalangan jalan raya

BALING, 13 Mac: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori tanah di Simpang Tiga Lubuk Kawah, Jalan Kuala Ketil menghala Bukit Selambau dekat sini, hari ini.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah kepengerusian 2025

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam bidang utama termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan, sejajar dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI (MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Ramalan permintaan minyak global tidak berubah untuk 2025, 2026 – OPEC

VIENNA, 13 Mac: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan bahawa ramalan sebelumnya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2025 dan 2026 kekal tidak berubah, lapor Xinhua.

Zayn Rayyan hanya boleh tutur 30 perkataan – Pakar pediatrik

PETALING JAYA, 13 Mac: Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hanya boleh bertutur 30 perkataan dan masih belum boleh menyambung perkataan yang mana keadaan itu tidak selari dengan perkembangan kanak-kanak berumur enam tahun.