Mayat ditemukan dalam bangkai helikopter MSDF Jepun yang tenggelam dalam laut

TOKYO, 12 Mac: Beberapa mayat ditemukan dalam bangkai dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim (MSDF) Jepun yang berjaya dikeluarkan dari Lautan Pasifik.
UK amalkan pendekatan pragmatik terhadap tarif AS – Menteri Perbendaharaan

LONDON, 12 Mac: United Kingdom (UK) akan mengambil pendekatan “pragmatik” dalam menangani tarif global yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Perbendaharaan James Murray pada Rabu, seperti yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA).
Syarikat korporat, GLC diminta terlibat dalam inisiatif Kampung Angkat MADANI

CYBERJAYA, 12 Mac: Syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta untuk terlibat sama dalam program Kampung Angkat MADANI di bawah inisiatif kerajaan.
PM Anwar cadang 70 peratus kuota sekolah asrama penuh untuk STEM

CYBERJAYA, 12 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kuota kemasukan ke sekolah asrama penuh dibuat mengikut nisbah 70 peratus dalam jurusan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan baki 30 peratus melibatkan jurusan seni liberal dan sains sosial.
Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP

BALIK PULAU, 12 Mac: Tindakan seorang lelaki warga emas yang bergurau kononnya bagasi rakannya mengandungi bom membawa padah apabila dia ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, semalam.
PM Anwar ulangi amaran tindakan keras terhadap pelampau agama, perkauman

CYBERJAYA, 12 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi akan mengambil tindakan keras terhadap pelampau agama dan pelampau perkauman.
900 JBPM Sarawak bertugas sepanjang OP Raya Aidilfitri

KUCHING, 12 Mac: Seramai 900 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan bertugas sepanjang Op Raya Aidilfitri tahun ini.
Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

SEOUL, 12 Mac: Hampir satu daripada 10 warga emas di Korea Selatan menghidap penyakit Alzheimer, dengan jumlah pesakit demensia dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.
Abang Johari hadir Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak

KUCHING, 12 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion

LONDON, 12 Mac: Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), berdasarkan angka terkini.