Bot tunda ditahan di perairan Miri, gagal kemuka dokumen sah

MIRI, 10 Mac: Sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika barat muara Sungai Miri atas kesalahan gagal mempamerkan dokumen yang sah serta tidak mengemukakan port clearance ketika memasuki Pelabuhan Malaysia.