Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis pada Khamis.
Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza

JEDDAH, 7 Mac: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini esok.
UK tarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Syria dan firma petroleum

LONDON, 7 Mac: Britain pada Khamis telah menarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Syria dan 23 entiti lain termasuk bank dan syarikat minyak, membalikkan sekatan yang dikenakan semasa pemerintahan presiden Bashar al-Assad.
Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Empat individu terlibat pergelutan dengan anggota DBKL direman

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat mencederakan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan tugas pemantauan di dua lokasi berasingan di sini, semalam direman antara dua hingga tiga hari bermula Khamis.