260,000 kanak-kanak Gaza daftar program pembelajaran jarak jauh – UNRWA

NEW YORK, 4 Mac: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyatakan hampir 260,000 kanak-kanak dari Semenanjung Gaza telah mendaftar dalam program pembelajaran jarak jauh sejak Januari tahun ini, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).