Vietnam sokong keutamaan kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Vietnam menyatakan sokongan padu terhadap keutamaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini sekali gus mengukuhkan keyakinannya terhadap kepimpinan negara ini dalam mengemudi blok serantau ke arah kemajuan yang lebih bermakna.
Dividen KWSP tinggi kuatkan keyakinan terhadap pasaran modal Malaysia, pelaburan – ahli ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.
Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

KOTA KINABALU, 2 Mac: Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.
SEC 2025: Muhammad Azeem pecah rekod kebangsaan, raih gangsa acara 60 m

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) di dalam dewan awal pagi tadi, untuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025.
Kerajaan Sarawak fokus ekonomi digital, AI untuk masa depan

MIRI, 2 Mac: Sarawak bersiap sedia untuk mengukuhkan ekonomi digital dengan memberi penekanan kepada kepentingan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi era digital yang semakin berkembang pesat.
Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri

JAKARTA, 2 Mac: Kerajaan Indonesia mengurangkan harga tiket penerbangan kelas ekonomi domestik sebanyak 13 hingga 14 peratus semasa tempoh cuti Aidilfitri 2025 untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kemudahan serta keselesaan perjalanan.
Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan

ISTANBUL, 1 Mac: Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena bulan suci Ramadan di platform media sosial mereka, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Runtuhan salji di Himalaya, India ragut empat nyawa, lima pekerja masih terperangkap

NEW DELHI, 2 Mac: Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu.
Ramadan: Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam Sabtu

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan rata-rata umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam Sabtu sebelum mula berpuasa hari ini.