Mesir tolak cadangan Israel untuk tadbir Gaza

KAHERAH, 27 Feb: Mesir pada Rabu menolak sebarang cadangan untuk mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza, susulan gesaan ketua pembangkang Israel Yair Lapid agar Kaherah mentadbir wilayah Palestin itu buat sementara waktu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Reuters, AP, Bloomberg beri amaran terhadap sekatan media ke Rumah Putih

ISTANBUL, 27 Feb: Tiga agensi berita antarabangsa terkemuka Reuters, The Associated Press dan Bloomberg News mengeluarkan kenyataan bersama pada Rabu memberi amaran bahawa sebarang usaha mengehadkan perkhidmatan berita yang mempunyai akses ke Rumah Putih boleh menjejaskan prinsip kebebasan media dan kewartawanan bebas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang – Fadhlina

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) akan sentiasa siap siaga bagi menyediakan prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.

Chile: Bekalan elektrik terputus, 3 maut dan 98 peratus penduduk terjejas

SANTIAGO, 27 Feb: Gangguan bekalan elektrik selama lapan jam yang melanda Chile pada Selasa mengakibatkan 98 peratus penduduk terjejas, serta kematian tiga pesakit yang bergantung pada peralatan sokongan hayat, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Menteri Tenaga, Diego Pardow pada Rabu.