MMM bolehkan media di negara ini jalan tugas lebih berkesan – Fahmi

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam, membolehkan media di negara ini menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi – Mohamad Sabu

JERLUN, 27 Feb: Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada pengurangan hasil padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim

JAKARTA, 27 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA RI) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara bagi kepentingan semua pengguna laut.
Sze Fei-Nur Izzuddin dijangka sertai program RTG bulan depan – Hannah

PUTRAJAYA, 27 Feb: Pengumuman mengenai kemasukan beregu lelaki profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ke dalam program Road to Gold (RTG) sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) dijangka dibuat bulan depan.
Cadangan serap petugas kontrak KEMAS ke jawatan tetap dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan

MELAKA, 27 Feb: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini dalam proses membawa cadangan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap kira-kira 15,600 petugas kontraknya di seluruh negara kepada jawatan tetap.
RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat – PM Anwar

ALOR SETAR, 27 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 394 orang malam ini

KOTA KINABALU, 27 Feb: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 394 orang daripada 118 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 262 orang daripada 81 keluarga 8 pagi tadi.
Enam individu ditahan bantu siasat kes abai kanak-kanak perempuan

KUANTAN, 27 Feb: Enam individu termasuk tiga wanita ditahan di sini semalam bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Feb.
Hak penerokaan petroleum, gas asli babitkan Petronas dan PETROS perlu diselesaikan segera

Isu hak penerokaan petroleum dan gas asli di perairan Sarawak perlu diselesaikan segera melalui kerjasama antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), kata Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.
Dewan Rakyat: 97 agensi di bawah MOF rekod peningkatan lebihan semasa selepas cukai, zakat

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menunjukkan 97 agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) telah menunjukkan peningkatan lebihan semasa selepas cukai dan zakat.