Hafizh Syahrin menang Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik MAM 2024

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik dan Azlan Shah Kamaruzaman diiktiraf sebagai Ikon Sukan Permotoran Malaysia.